Saturday, December 13, 2008

No Time is the Right Time

Nak kata aku tau pasal fashion tu tak sangatla. Lebih kurang macam ko tanya kucing macamana nak masak air…gitu-gitu jela level jawapan yang ko dapat dari aku pasal fashion. Day to day aku cuma pakai baju favourite aku (macam T-shirt putih plain excess sumbangan tsunami) dan kadang-kadang aku cilok baju adik dan buat-buat macam tak perasan.

Selain daripada baju-baju favourite aku (tak termasuk yang ada tulisan ‘Talang Satang’), ada banyak lagi baju lain yang bermastautin dalam almari. Baju-baju ni bukan murah atau dapat free atau secondhand daripada bapak aku. In fact aku yang pilih sendiri masa beli. It looks good then as it is now. Sesetengah ada embroidery bunga-bunga kat shoulder, ada yang turtle-neck, ada yang colourful macam hippies dengan sleeve besar macam Jimi Hendrix. Penuh labuci macam M Daud Kilau takdela. But most of them just normal t-shirt, which I want to put on at the right time.

Betul tu. At the right time and place. Dan inilah punca baju-baju tersebut tersusun rapi dan terletak di bawah sekali stack baju-baju aku dalam almari.

Masa yang tepat tak pernah tiba. Jadi kita amik contoh case study bila nak pakai black collared three quarter sleeve shirt corak bunga-bunga aku:

a)Outing ke Suria KLCC- nampak macam sesuai, tapi aku rasa tak..sebab:
Other than my favourite shirts yang mana aku fikir comfortable, this one isn’t really. Jadi kalau aku naik Putra LRT aku berpeluh dan bau macam lembu bila sampai sana.

b)Pergi breakfast kat Nasi Lemak Tanglin- tak ok jugak, sebab:
Dengan corak bunga (walaupun tak conspicous) terasa tak kena tempat. Rasa macam pakaian Liberace buat gi mesyuarat AJK Persatuan Sejarah.

c)Bila ke family gathering- nampaknya dah betul-betul sesuai, cuaca malam tak panas dan it’s okay to dress slightly more fashionable than my normal attire:
Tiba-tiba terasa taknak pakai sebab tak mau kotorkan baju tu. Takut tertumpah kuah mee jawa lak.

So there it goes, dudukla T-shirt tu happily ever after dalam almari, never sees the washing machine and tastes the UV. Sampailah aku kata ‘hey, this is the right time to put that on’. But when? Selepas orang kata tengok TV lebih penat dari skipping? I don’t know.

Come to think of it, kalau aku terasa nak buat sesuatu, yang aku rasa bercita-cita untuk buat, aku akan tunggu sampai datang perfect setting untuk aku proceed. Tapi tak buang masa ke kalau macamtu? Baik buat je terus (atau ‘selalu’ if you are in Terengganu),regardless…betul tak?

Jalan je…jangan tunggu lama-lama…



Doktor trim ekor kucing umah aku haritu...trend baru nih

Tuesday, December 2, 2008

Aim Low

Dalam seminggu yang lepas ni aku ada motto hidup baru- ‘Aim Low’. Bila orang lain sibuk nak cut down on makanan berminyak- target aku ialah memakan makanan berminyak dan tak sihat sebanyak yang mungkin. Bila orang bercakap pasal exercising more, target aku ialah jangan exercise langsong melainkan dengan mengelip mata sahaja. Take the downside of everything.

By far, dengan teknik baru ni, aku dapat merasakan kepuasan hati sekiranya tak mencapai target. Sebelum ni asyik ‘down and out’ jer. Contohnya (macam biasa la) target nak score coursework tapi kantoi test lak. Last2 frust lepastu main Drug Lord 2…lagi besh.

Tapi sekarang ni tak gitu lagi. Semalam aku gagal mencapai target makan berminyak pasal aku termakan buah mempelam depan rumah aku (kategori makanan sihat). Bab aim taknak exercise pulak end up ‘below target’ pasal aku terpaksa berlari bila angsa belakang rumah kejar aku masa nak gi Pasaraya Kemasik. You get the point?

Dan my most recent aim ialah taknak update blog.

Biasanya bila aku plan nak update blog mesti tiba-tiba jadi ngantok. Tambah-tambah malam ni pulak hujan…sejuk tak ingat nyer. Memang syok tido la. Kalau macam ni punya sejuk sepanjang tahun, alamat gulung tikar la tokey kedai jual air-cond unit. And even tokey kedai kipas pon takde prospek.

It is common sense untuk jangan pandai-pandai nak main badminton atau makan kari/ durian bila SYABAS datang repair paip underground area rumah korang…kalau takde air nak mandi atau cuci tangan sampai dua tiga hari, siapa gak yang busuk? Kalau dah plan nak tido awal jangan gatal-gatal nak overdose kopi O dan café latte. Masalahnya itu yang aku dah terbuat hari ni.

Ambient sedap nak tido tapi susah nak lelap lak..aduss. Jadi antara dua elemen yang kontras untuk menentukan peniduran aku ni, aku telah gagal mencapai target untuk tak meng-update blog. Officially aku dah update blog aku dah. Ada la rasa hepi sikit walaupun lagi best kalau dapat tido.


Hari tu aku jumpa Spongebob atas pokok

Tuesday, November 18, 2008

World's revolving fast enough to bend time, fast enough to bend you

Looking back, I am quite surprise how a period of several years had tremendously changed people’s lifestyle. Mungkin kita perlu refer to the findings of Anthropology studies and data gathered in Sociology untuk define perubahan tu. Since these two sources involve the word ‘study’ or ‘scholar’, I think I’ll just forget it. Perhaps I want to look at it within the nucleic scale- so aku rasa penceritaan kembali kes budak darjah satu tahun 1991 (akulah tu) kiranya sudahpun memadai.

Back then, the only source of general knowledge for me was from the back of a cereal box. Accordingly, you can guess how much confusion we had when being presented with new things. Satu hari tu sambil duduk-duduk makan aiskrim sirap dengan kawan aku si Farid, dia cakap…’bapak aku baru beli mesin basuh matematik semalam’. I was thinking that he may want to say ‘automatic’, but I myself was like only 8% sure ‘matematik’ is a subject taught at school. I tried to correct him anyway.

What pursued then was a heated argument on whether matematik or automatic is suitable to describe a washing machine. The conclusion was never reached that particular evening but sure involved a Kungfu showdown for closing, as usual.

By today’s standards for budak Darjah Satu, that kind of ignorance is truly unacceptable. Pasal info boleh dapat pakai hujung jari je. Plus, banyak lagi isu-isu penting to be addressed untuk Standard One 17 tahun yang lepas- isu berak dalam seluar atau muntah dalam kelas contohnya. Aku masih ingat Cikgu Hasanol Said (Batu Road Boys School 2) sentiasa simpan seluar sekolah spare dalam beg dia, in case…well…in case.

Sekiranya korang dapat eja nama sendiri dengan betul on the first day at school, it was a pure success. Because many others masih samar-samar dengan nama sebenar diorang.

Sure enough, Standard One hari ni still berperangai seperti budak. But whoa! it’s an entirely, immensely different level compared to zaman aku. Dah giler advanced, thanks to the massive influx of information hari ni. From the the internet (of course), the VCD, and the 24 hours a day TV (termasuk rancangan kartun, dulu-dulu kartun paling lewat pon pukul 7 time Maghrib, tu pon silalah pasang sekiranya ingin penerajang mak bapak).

Dan jangan lupa alat penyambung nyawa utama, the handphone. Everyone has one. I know it is a fascinating device for the Standard Ones, and for us too, pasal HP boleh buat apa saja- jadi camera? Radio? Recorder? Music Player? TV? Internet? You name it, it’ll be it.

Kalau tak lama nanti keluar model HP boleh jadi toaster, mustahil aku akan terkejut sepertimana bila aku jumpa album ‘Black Sabbath vs. Nat King Cole’ kat kedai CD Yik Foong dulu. If we’re talking about electronics here, just about anything could happen.

Aku tak pernah ada isu dengan multifunction HP macam tu. It’s offers convenience, at its best. Cuma biasanya makin complicated device ni, maka makin fragile lah ia. It’ll malfunction and break into pieces from the slightest shock macam vibration seluar masa korang kentut panas dan tersumbat.

Very, very fragile.

Now if you look at this HP in the context of Standard Ones, the present you, and the present me, I suggest similarity. I see that today they are trying to create a multitasking, multifunctioning, multiple-superiple-dupariple generation. ‘Well rounded’ should be the perfect phrase to describe this. The phrase which is more common than perkataan ‘nasik’ di sekolah dan universiti nowadays.

Consequently, bila kepala otak kita dah overfilled dengan info, isn’t there a possibility untuk kita jadi fragile macam HP? Atau hang macam computer (tolonglah jangan hang masa pakai Ansys, fedap I tauuu!)?

Dan ini kita ni bukan dalam movie Population 437. We know the population will always increase exponentially. So if someone can do everything, apa role orang lain pulak? If HP can be everything, what are the use of the real cameras, the real radios, the real thing?



Lembu, anjing dan kucing yang tiada kaitan dengan topik


Friday, October 31, 2008

Of Excess and Habits


My father thought it was a good idea to let me and my brother keep a goldfish as pet. I was 6 at that time and my brother, Man was 4. So satu petang bapak aku bawa pulang ikan emas kecik untuk dipelihara, siap dengan mini aquariumnya.

We were so excited the morning after- did nothing else but watched and fed the fish with breadcrumbs. Like, half an hour later, we started to get impatient. The breadcrumbs we should be making turned into large chunks of bread. Later that evening, aku dan Man dah pergi main kat luar, and my dad came home. He found out that the fish was dead. Mati kelemasan dalam roti.

Niat tu baik nak kasik makan ikan, tapi it was the case (very common) of doing something in excess. The reason I told this story is that I just went out for a haircut. I did notice this ‘in excess’ habit in every barber I went.

Rambut aku dah panjang dan bila dah panjang, it is abnormally tebal. Dengan panjang -rambut tepi tutup separuh telinga dan bahagian depan sampai ke mata- aku rasa ok jer except it needed a minor trim pasal dah serabai sikit. Before he took the scissors and comb, I told the barber,thrice, aku taknak potong pendek, cuma adjust sikit-sikit je bahagian tepi dan belakang. Pakcik tu kata, ‘ok’.

True, the first trim was ok. But he thought he had to make second adjustment, agaknya tak balance sangat kot kiri kanan. So the adjustment went on. Quite alright this time, I saw.

Problem is, there were third, fourth, fifth, sixth, seventh, 31st adjustment. Sampai rambut aku dah takde dah baru berhenti. For some reasons I couldn’t decipher, macamana pakcik tu boleh potong sampai pendek tanpa aku perasan sehingga saat-saat terakhir potongan.

At that point aku cuma mampu bersyukur aku tak tertidur masa dia potong rambut aku, otherwise I may need a micrometer to measure my hair. Rambut sure jadi kecik habis. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak potong rambut kena tunggu dua tiga bulan lagi nak mengundur ke default setting.

Excess #2:

Every food being cooked and baked has its own distinctive taste. Some are meant to be eaten only a bit at a time, ‘untuk lidah merasa je’ bak kata orang. Things like kek lapis (mahal pun yer jugak), maruku (untuk buat mengunyah sikit-sikit masa berborak), goreng pisang (minyak tak hingat banyak tapi buat jamah minum petang sikit tu acceptable la).

I do realize that. Tapi aku ada this bad habit yang selain daripada enjoy kesedapan satu makanan, aku mesti nak perut rasa kenyang gak. You know this is quite alright bila makan nasi campur waktu tengahari or nasi lemak untuk breakfast, tapi bila makan choc cookies-aku nak belasah sampai kenyang, bila makan kuih koci-belasah makan sampai tak payah dinner, bila hirup kopi-mesti belasah sampai darah dalam badan dah ganti dengan kopi. Pendek kata semua makanan yang aku suka akan aku buat sebegitu rupa.

By far, I still do not find any measure to help me think, ‘makanan sedap ni hanya untuk dirasa, bukan dibaham’. Any suggestion?

Saturday, October 25, 2008

Some people you don't know

Every now and then, i hear somebody wants to do something extraordinary at least once in his or her life. Something like 'someday i'll arrive at Verzasca Dam and bungee jump there'...or 'i'll tour around Switzerland in the quest for the best chocolate in the world'.

Not to mention certain people that we badly want to meet in person. People that we idolize, or simply admire, or hate. Orang yang kita kenal dari kaca TV, dari penulisan, dari internet. From the past events, Havana 1950's perhaps? Fidel Castro and Meyer Lansky. The pop culture, Michael Jackson, Celine Dion, and really, many more. Rich and famous football players, prominent leaders, great bassists- you name who you want to. Kadang-kadang aku terfikir nak jumpa Al Kooper dan beritahu- you wrote great music but how come you aren't so popular? Things like that.

Tapi sekarang aku rasa semua orang-orang itu absolutely nothing...compared with person standing in front of me now. One of the greatest gift of my life- my parents.

I always regard parents-like mine- as Superman disguised as real people. Ordinary people. Mereka tak pernah perasan setiap apa pengorbanan yang mereka sanggup lakukan for our well being-because they did it like a zillionth times already.

Of course,being so ordinary to others, people won't ever notice the presence of these Supermen in shopping malls, in public. Unlike the situation as one encounters Mawi. So you know, our parents do not get special attention, special treatment from others.

Mereka tak akan dapat column khas dalam newspaper untuk menceritakan jasa-jasa sepanjang hidup mereka, bila mereka meninggal dunia.

My grandmother passed away four days ago.

No one could ever replace her as the mother of my mother, until the end of this world. Dan aku mula berfikir, aku cuma akan ada satu ibu dan satu bapa sejak mula aku lahir ke dunia, till i die.

The only people that will always be there for me, unconditionally. Orang yang sanggup berjaga malam hanya untuk menyapu minyak ke perut anaknya yang sakit. Yang sanggup memasak dengan badan yang lemah kerana demam, memastikan anaknya tak berlapar.

Each time I hear my mother cried missing the voice of her mother, I gently wept. Aku tak mau nampak sedikitpun dramatik di sini but that is the truth. I saw my own reflection. Aku teringat those excuses yang aku bagi. 'Sibukla kat sini Mama' whenever she told me to come home for weekend. I'm no longer sure the excuses are worth my extra time not to travel 8 hours.

Not counting the time bila aku biar dia beli garam kat kedai untuk masak lunch aku simply because 'aku nak habiskan tengok program TV ni'. And much more. Far too much sin.

She never complained.

Surely, you won't even know her name. To you, she's just one of the strangers out there. Orang asing yang kau tak akan kenang dan tahu jasa-jasanya.

Staring at this ticking clock, i know time is running out. Aku bertanya pada diri, apakah kualiti aku sebagai anak selama ini? Adakah ibu bapaku rasa dihargai?

Friday, September 19, 2008

Back to Basics


Untuk sesiapa yang sedang baca ayat ni sekarang, straight away I can deduce that you have internet access. And definitely your access is only either from home or office, bukan hanya dari cybercafé atau free internet kat lounge Cineplex. Pasal there is no way sesiapa akan membazirkan sebahagian dari duit seringgit per hour untuk visit TikusTerbang (beli gula-gula lagi berfaedah).

Which therefore I can further deduce that sesiapa yang tengah baca ni can afford to have their own computer. Hence if you could own a pc (maksudnya purchasing power kau tinggi), this is my hypothesis untuk taraf hidup korang:
Kalau cholesterol level kau rendah, maknanya kau kedekut nak beli makan, ataupun tak cukup bahagia dengan hidup so pemakanan kau tak macam orang hepi-hepi.

I do have more than enough food and I’m happy with my life. The downside is aku tak cukup exercise, dan although perut aku belum cukup protrude ke depan supaya boleh letak cawan kopi, it is progressively going towards that trend. Not good, not good. The root cause of this problem, aku rasa, terlalu banyak penyalahgunaan kemudahan.

Aku bagi satu contoh. Lima tahun yang lepas bapak aku belikan aku kereta. Bukan ‘kereta kecil warna merah pon-pon-pon’ tapi kereta besar yang betul punya. He thought of my convenience untuk bergerak gi lecture, tutorial, kedai runcit and mudah untuk balik KL for that matter. (Thanks Bah, I know you care)

Those intentions made up, well, uhmm..maybe 5 % of the car overall mileage. The other 95% Kereta Putih sampai ke tempat-tempat seperti Nasi Lemak Kukus depan UTP(dem, sedap tapi memang nak bunuh student), Nasi Kandar Nasmir, Nasi Kandar Pelita, Mee Rebus Ramli, Cendol Bismillah Taiping, Nasi Kandar Line Clear/ Kassim Mustafa Penang, dan banyak lagi yang seangkatan dengannya(Ni pon nasib baik aku tak dapat discover Nasi Ganja Ipoh sampailah 5th year)

Aku tak perlu susah-susah lagi banyak berjalan kaki untuk sampai ke tempat ni. Tak perlu berpeluh bakar energy dalam badan, Cuma berpeluh bila terkena penangan rempah pedas nasi banjir Line Clear.

So there we knew. Sebuah kereta dan RM500 monthly allowance is a recipe for disaster. I could go anywhere I wished. I could take care of my body-takyah wat kerja2 yang ada iras-iras exercise. (Sekarang ni rasa rugi jugak harga petrol tak naik melambung 4 tahun lepas, kalau naik awal camtu, mesti aku dah kurus dan fit sket daripada sekarang. Dan tak terlalu bergantung pada kereta sangat). Awal-awal lagi kereta dah jadi necessity aku.

Tapi tak worth kat sini untuk aku discuss kereta atau motosikal sebagai satu necessity kerana sometimes, especially in the case I just told you, it is more like a great privilege. So let me think, barang-barang keperluan basic untuk make my day looks more humane dan tidak nampak seiras hidup seekor gajah.

  1. Berus gigi (gajah tak pakai barang ni)
  2. Ubat gigi (ni pon tak)
  3. Sabun Mandi (tiada dalam kamus hidup gajah)
  4. Shampoo (sama seperti di atas)
  5. Deodorant
  6. Sikat
  7. Hair Cream
  8. Cotton Buds
  9. Razor Shave
  10. Nail Clipper
  11. Shaving Cream
  12. Facial Wash

12 item yang aku listkan di atas, yang aku rasa perlu untuk personal care aku. Ingat, ni baru bagitau yang kow-kow basic ni.

Untuk bergantung pada 12 produk yang berlainan, dibuat di factory berlainan yang each employs, I don’t know..perhaps at least 300 orang pekerja, I already have 3600 orang yang terlibat untuk make sure aku gi kerja not looking like Tarzan. So hidup ni taklah gitu simple walaupun nampaknya aku cuma pakai benda-benda basic sahaja.

To be too dependent on these, I reckon, will eventually lead to crave for lebih kemudahan- electric shave gantikan razor blade, hair dryer untuk hair styling, bathing sponge untuk mandi, dan water heating shower contohnya. Then, slowly we climb higher in the hierarchy, until we need handphones for ease of communication, and the strong mobility dengan kereta/motosikal. And the worst, from what I saw, ialah barang macam kerusi goyang cap Osim/ Ogawa yang ala-ala rodeo contest tu- untuk orang yang sangat malas bergerak sendiri dan mintak machine tolong senamkan badan.

So what I’m thinking now ialah: if we slash off, one by one, the basic items from our list we need, could we be more hardworking, live stronger and think sharper?


Monday, September 15, 2008

Sebab- Musabab

Kalau kau bagi aku dua options: sama ada tak boleh mandi selama dua minggu, atau menggelek tahi lembu di atas jalan dengan kereta aku, I’d rather choose the former. Even at this time of writing aku belum mandi dan terasa agak malas untuk mandi. Clean shave? Bukan satu pilihan dalam rutin aku yang normal pasal masa bangun pagi aku menyebabkan perjalanan ke tempat kerja looks more like a scene ‘Gone in 60 Seconds’, otherwise aku akan lambat swipe for attendance. So no room for detailing bila bersiap-siap waktu pagi.

That’s how it went sejak dari aku sekolah rendah dulu. Right from the time aku mula sikat rambut sendiri dan mak aku dah tak tenyeh bedak kat pipi dengan dahi aku. Aku boleh listkan beribu sebab kenapa aku malas nak mengurus penampilan dengan betul…for a start, maybe shaving foam aku dah abis, kedai pulak jauh, sabun mandi mahal, shampoo buat rambut aku panas, no matter cane aku sikat kemas waktu pagi tengahari dah kembali serabai…to name a few. And most probably the best motive yang aku boleh come up with ialah menjimat masa.

But you know what? Banyak mana pon reason yang aku kasik, aku tipu jer sebenarnya. Biasanya satu je reason yang valid for each situation yang aku face. Yes, itu teori aku. Only 1 valid reason to explain, or even decide something. So untuk case ini aku rasa reason yang valid cuma penampilan gempak bukan salah satu daripada priority aku.

And back to the option yang kau kasik aku mula-mula tadi-menggelek tahi lembu di atas jalan, here’s the story. Aku anggap benda ni sebagai satu problem pasal sejak akhir-akhir ni lembu-lembu kat sini suka poop kat simpang tiga keluar dari umah aku. What I get every morning ialah ‘fresh from farm’ smell and texture of..well..you know. And I don’t like it. Especially bila mengotorkan kereta aku.

Of course slow talk dengan lembu-lembu tuh bukanlah diambil kira sebagai salah satu usaha. Ataupun offer disposable napkin kepada mereka. Yet to find solution on this one. So apa yang aku buat, each morning aku lalu situ, aku just fikirkan..kenapaaaa la diorang ni memang pilih tengah-tengah simpang tu sebagai spot favourite untuk poop???

Remember…only one valid reason for their action. One reason.

Finally few days ago aku dapat discover. Keluar nak gi kedai malam tu, aku tengok lembu-lembu tu berkumpul cuma kat tempat yang betul-betul bawah streetlight, yang happen to be kat simpang tu. Diorang suka tempat terang. Dan bila dah melepak lama kat situ, kau tau jela kan.

So ok, the next time kau nak decide on something, fikirkan..mesti cuma ada satu benda yang trigger your choice, dan kalau kau dapat fikirkan banyak yang lain, tentunya sebab-sebab tu kau cuba make up untuk nampak decision lebih mantap. Padahal dah lama decide dah pon.

Thursday, September 4, 2008

Down and Out

Masuk bulan puasa ni, baru aku sedar yang dah hampir nak setahun aku di alam 8am to 5pm. Well, nothing much yang aku boleh cakap 8 to 5 kat sini compare dengan 8 to 5 budak-budak KL…except korang boleh reach 170kph at certain stretch on the way to work kat sini. Breeze yang sejuk dari laut, jalan yang lurus, nice car to drive...takde sebab untuk aku tak rasa energetic and fresh untuk gi kerja. So budak KL jangan jeles eh.

Cuma ada satu isu. The important question now is not how I feel going to work, tapi sebenarnya apa yang aku rasa bila melangkah keluar dari ofis balik ke rumah. Hmm…quite tricky, tapi rasa-rasa bolehlah aku summarize sikit di sini, 3 major modes of feeling, on the way back:

  1. Feeling great! Aku rasa aku dah accomplished something important and useful, dan aku dapat banyak pat on the back. Yearghhh….
2. Feeling macam ni: “Screwed up today. I’ll be dead tomorrow. So before tomorrow comes let’s have fun with Double-Spicy-Chicken-McDeluxe set + 2 Apple Pies + Coffee + Sundae Strawberry + McNugget. Normally this is what you get bila you got into trouble dan takleh nak fix it before 5.

  1. Soalan “What has ACTUALLY happened today??” Balik rumah blank-faced, dengan dok memikul dua question mark besar atas bahu. Part ni takyah nak explain panjang. Paham-paham jela.

I’d say that I always get home dengan mode perasaan no 1.
Don’t believe me.

Kalau nak dapat mode no 1 susah macam nak menang Lucky Draw Car Craze Petronas (besh aa kalau menang), let us just say yang option no 2 dengan 3 macam lucky draw scam yang korang konpem menang bila gores tuh. Asyik-asyik no 2 dengan 3 yang pop-up. Boring btol.

But then again, semua ni perasaan sahaja. Honestly, aku boleh cakap yang perasaan kita ni cuma assumption je…tak lebih dari tu. Ntahla..aku dah ngantok aku nak tido


Monday, August 25, 2008

Kalaulah life ni macam movie…

I have to admit. I never understood what happens in between the fast cars, the beautiful places and the girls…dalam movie James Bond. Probably pasal villains are always with strange names-difficult to remember, too many killings, dan terlalu banyak watak baru pop-up in the middle of the story. To be killed right after.

So here’s what I do : before movie dia start, aku dah siap-siap presume yang rambut James Bond takkan terjejas sampai habis cerita, dan orang jahat mesti mati from explosions or something like that. Simple and predictable. Tapi aku takkan miss tengok movie James Bond (especially Roger Moore series). Apa yang jadi tarikan aku tengok Bond sebenarnya?

“Vodka Martini…shaken, not stirred”. Quote yang paling aku ingat dalam setiap movie Bond. Because even the way he ordered drinks (apa yang dia order tu letak aside dulu) pun macam stylo. Ada charisma dalam setiap perkataan. Language yang dia guna. Tone dia bercakap. Dia punya sentences.

Cooool…classy. I’d like to imagine myself speaking the same way.

Except I’m not. Where Mr Bond boleh carefully, calmfully and beautifully crafts his words in the situation where he might end up being alligator’s lunch, ayat-ayat yang keluar dari mulut aku bila bersama-sama orang yang tak berapa kenal lebih kurang gini: “…………..”. Selalu tak tahu nak cakap apa. And let me demonstrate further. Let say aku try order air dengan style “Vodka Martini…shaken, not stirred”.

“Aney, teh ais….tarik, jangan kacau”. Stakat yang aku dah try, memang konfem tak nampak cool langsong, korang dengar sekali pon dah tau. Mungkin antara sebabnya ialah:

1. Di mana Mr Bond order minuman dengan pakai suit, aku pakai seluar pendek dan selipar Asadi. Plus waiter Mr Bond tu ada bowtie, tapi orang yang amik order aku pakai apron yang ada kesan kari.

2. Antara benda yang buat ayat tu cool ialah cara kita specify macamana kita mahu minuman kita prepared. In my case, no way yang spec minuman aku akan diambil kira, pasal most probably yang amik order baru seminggu sampai dan bekerja kat Malaysia. Vocab terhad, maybe dia paham “teh ais” but anything longer than that is like indecipherable IO signal transmission from outer space.

3. I don’t know whether minuman yang akan sampai tu teh ais atau sirap limau. Or even worse tak sampai langsong. So not cool.

Therefore, bottom line nya ialah aku sentiasa boleh imagine yang aku ni hero dalam filem. Tapi realitinya memang jauh beza. You can be cool at times, but not everytime. Ada masa aku screw up, ada embarrassing moments, perkara berlaku bukan seperti yang dirancang, dan macam-macam lagi. But I have another idea.

Let’s just imagine yang hidup seharian kita ni adalah satu babak filem comedy. No matter how seriously you screwed up, no matter how bad things are… it’s not that bad after all. And people with good intentions will always win. And everything happens in funny way.

It’s good, really, kalau aku boleh berfikir dengan cara tu. Hidup tak perlu dibebani dengan worries. All we have to do is find the solution.

"Biarlah aku tidur di pagi raya kerana aku tiada masalah untuk difikirkan.."

"Amacam posing ni, macho tak?"

Thursday, August 21, 2008

Macamana nak tahu yang kita cukup tua?

Kalau korang rasa buat side parking in public dah cukup susah, try to do it while blindfolded. Macam itulah rasanya untuk operate kilang tempat aku kerja without gauges and transmitters. They are all over the place. Satu transmitter fail, then it could be like korang heading straight masuk ke parit while side-parkiing, or even langgar somebody’s RM500,000 Porsche right behind. Korang just tak boleh nak anticipate apa yang akan berlaku- tak ada mata untuk melihat.

Now I must tell sometimes I get sick of this. Accidentally terbelajar engineering, I feel that I’m nurtured to measure and gauge everything. Figure is the absolute final. As the result, aku rasa tak sepatutnya seorang engineer masuk restoran dan order like "Mamak, kopi O panas satu..kurang manis" but instead, it should be like "Mamak, kopi O 65 ºC satu.. gula 15g/L". Well, at least it’s not that bad that outside the job korang boleh bercakap cara orang lain bercakap. Tapi the culture memang menyerap dalam diri aku that aku kadang-kadang terfikir simple method untuk gauge apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan dari apa yang aku observe.

Lepas tu aku akan test beberapa kali untuk tengok gauging tu valid atau tak. Aku bagi satu contoh…aku nak gauge tahap kemajuan dan kepadatan penduduk satu pekan/ bandar. The method is to go there and see whether these three premises ada tak:

Ada KFC: Novice. Agak padat tapi still jauh untuk cakap maju.
Ada
7-Eleven: Intermediate. Keperluan penduduk dah meningkat tapi tahap sederhana.
Ada
McD: Advanced. Maybe pendapatan dan kepadatan penduduk telah cukup bagus.(Aku memang salute kat feasibility study McD pasal each time diorang bukak outlet, mesti tak pernah lengang)

By far aku test benda ni memang valid, until aku arrive kat Kerteh. Kat sini it goes in reverse. Here we have McD first while at the same time, wild boars sepahkan sampah depan rumah ko pukul 3 pagi, kadang-kadang lembu berak betul-betul depan pagar rumah dan just untuk prank, monyet disconnect phone line korang sambil curi betik belakang rumah. So that takde internet connection until Telekom datang. Betul hutan kat rumah aku.

Pagi tadi aku dah nampak signboard 7-E naik dan mungkin tak lama lagi aku agak-agak akan ada KFC lak. Enough on that example. Sekarang aku tengah fikir-fikir dengan umur, gaya hidup dan situasi aku dan kawan-kawan sekarang, macamana aku nak gauge untuk finally cakap kita ni dah tua? Aku tengok pada situasi sekarang:

Ramai yang baru dan akan berkahwin dalam masa terdekat: Tak sesuai untuk panggil tua. Just daripada hidup sorang tukar phase jadi hidup berdua. Plus term ‘young couple’ masih digunakan secara meluas.
Apply bank loan dan drive kereta yang dibeli sendiri: Masih tak sesuai. Ini Cuma indication that the person is financially stable, lagipun perkataan ‘yuppie’ wujud. So gauging ni not feasible.
Buncit/boroi: Lagilah tak boleh pakai. To me ni bukan tanda semakin tua, Cuma tanda indiscipline dan pemalas. (Aku telahpon tergolong sama)

Then come this: it struck me that sekarang ni ada satu benda common among us: Buletin Utama(BU) dah masuk dalam top 5 list favourite show kebanyakan kita. Just last night aku contact Joe dan dia cakap dia tengah tengok BU. Whereas all the year kat UTP dulu, pukul 8 malam samada terjerumus atas katil yang tak pernah bercadar, ataupon makan megi sambil tengok something from Comedy Central. At one other day aku datang rumah budak-budak kat Paka untuk ajak makan, tapi diorang hanya nak keluar lepas habis tengok BU.

No such thing as ‘young viewer’ untuk BU dan aku rasa setakat ni argument aku valid. "Anda dikira sudah tua sekiranya anda gemar menonton BU". Perhaps you can ask yourself too, sekarang BU terletak di tangga mana dalam rank rancangan favourite korang?Hehehehe

Kazen-kazen aku: Young ones

Monday, August 18, 2008

Shopping Mall


For those yang tak dapat imagine macamana life budak-budak kat Kerteh (macam aku), here’s a clue: every weekend, paling kurang pun aku akan turun Kuantan untuk cari suasana metropolitan. Well, at least ada shopping mall dan wayang.

As a regular visitor to Suria KLCC dan Kuantan Megamall, kat sini aku just jot down sikit beza suasana dan experience di kedua-dua shopping mall ni:

KLCC: Kalau datang sikitttt je lambat, takde parking; aku just raise the white flag, give up and go home.
Megamall: Still, aku give up and go home- pasal aku tak boleh decide spot mana yang aku nak masuk, banyak sangat. Perhaps next time aku bawak lori treler datang situ, baru puas ati…angkat 10 spot skali harung.

KLCC: Autopay machines are everywhere, bayar parking memang senang. Except the fact kita terpaksa jual sebelah buah pinggang nak membayar parking. Mahal nak mampos.
Megamall: Charge parking murah je. Cuma dekat mana diorang letak autopay machines tu masih lagi menjadi misteri. Hanya ahli nujum yang boleh meramal (tupon kalau betul la) location mesin-mesin ni. Puas berpusing sampai lenguh kaki aku baru jumpa.

KLCC: You could be dead on the floor sekiranya korang tergolek masa tengah berjalan. Dipijak human stampede. Ramai giler orang.
Megamall: You could be dead from heart failure untuk bersabar tunggu dalam barisan Cashier Counter. Rata-rata memang slow that by the time turn korang sampai, korang dahpun layak menerima wang pencen.

KLCC: Everyone in car will let you cross (melintas) kat tempat parking, mungkin kesian melihatkan beban korang mengangkut barang. After that, just to make sure everything’s ok they will follow you from behind, in case korang terpitam semasa berjalan. Semua ni tipu belaka. All they care is to get your parking spot.
Megamall: Possible that they would simply run you over because they didn’t see you at all. Terlalu banyak parking space untuk dipertimbangkan menjadikan korang ni perkara remeh.

KLCC: Sewaktu beratur beli tiket wayang, korang discover that orang depan, belakang, dan tepi korang adalah semuanya kenalan korang. Silap-silap yang jaga kaunter pon merupakan member korang.
Megamall: Sama jerrr…everyone dari UTP dan Kerteh is there.
JJ Ipoh(additional): Sama gak, telahpon menjadi bukan rumah kedua, malah rumah pertama budak-budak UTP.

Considering these points except the last one, I therefore reached a conclusion: any shopping mall sure buat aku marah-marah. I hate to shop tapi sentiasa end up kat mall gak finally. Don’t know why.

Dan kenapa of all the places on earth we could go, shopping malls gak yang kita pilih?


Sunday, August 17, 2008

Bas

Percaya aku ni seorang introvert, aku rasa macam-macam activity yang aku enjoy buat bila aku dok sorang. Since listing down those activities will need enormous number of pages yang boleh qualify jadi encyclopedia, aku fikir baik aku pick salah satu yang aku paling enjoy buat. Naik bas sorang-sorang, perhaps? Last time I rode one was two weeks ago, balik kampung lepas visit Penapisan Melaka.

Bas tambang, dari Melaka Sentral ke Muar.

Now I must say that I’m not a regular user, and never want to be one…pasal this is the only place di mana aku terpaksa…diulang…terpaksa placing hidung aku dua inci dari ketiak mamat sebelah waktu berdiri, dan waktu duduk sometimes makcik sebelah aku tiba-tiba batuk straight in my face. Dengan diiringi sedikit kahak. Obviously bukan perkara-perkara seperti ini yang buat aku enjoy. Tapi still, the presence of strangers yang make the bus ride unique…

These people on board-you know- datang dari different backgrounds. Different jobs. Different problems. Different age. And different smell, perhaps? Semua ini stuffed dalam satu kotak bergerak. That is why aku nampak opportunity to learn and observe perangai orang kat sini, dan aku enjoy buat benda ni.

Dalam perjalanan Melaka-Merlimau-Muar naik Omnibus tuh, aku ada jugak bawak buku dan newspaper untuk dibaca. Apparently I cannot do that pasal even the slightest bump will throw the people all over the place (aku duduk seat belakang skali masa tu). Sesetengah tercicir keluar dari tingkap, seorang dua lagi jatuh berguling-guling atas lantai bas, dan sesetengah yang lain dapat maintain kat seat masing-masing…upside down. Therefore dah tak boleh membaca, what else yang aku boleh enjoy selain observe diorang ni dan at least guess their background-judging from cara pemakaian diorang, cara diorang bercakap, apa yang diorang baca dan apa yang diorang carry dalam tangan.

Ada orang yang tersangat interesting that korang lupa dah nak tengok yang lain.

All the way, ada seorang makcik umur lingkungan 40an nih, pakai baju kurung design bunga kecik-very modest. Carry satu beg kertas dan satu beg baju kecik. Masa aku mula-mula naik bas, I noticed, politely dia tanya budak laki muda sebelah dia bila kita akan sampai Merlimau. Jadi my conclusion, as expected, makcik ni datang dari somewhere luar Melaka untuk visit someone. Simple lady dan senang diajak berbual. Judgement korang camtu gak ke?

Sekiranya jawapan anda ya, kita silap.

Belum halfway lagi, makcik ni dah start cursing to somebody on the bus, antara ayatnya adalah seperti: ‘busuk la dia. Berapa hari tak mandi’….’tak tahan busuk bau dia, bau mampos’. Now I’m not kidding, these are the exact sentences she said at that time, aku actually wrote it down. Aku try fahamkan siapa yang dia refer to, at first memangla bas tu bau hamis peluh..jadi aku ingat dia maksudkan passenger dekat2 dia la kot. Finally one of her sentences made it clear-‘rambut busuk panjang macam hantu keluar dari tanah..’ definitely dia tengah kutuk pasal seorang passenger pompuan selang sekerusi depan aku- yang good looking tapi overly dressed dan mekap cukup tebal untuk jadi tilam.

Cursing tu tak berhenti sepanjang perjalanan, buatkan aku, apek dan laki muda depan aku, dak sekolah dan makcik gemok depan makcik tu, tak selesa. But everyone pretended to ignore her. Termasuk pompuan yang kena kutuk tu.

At that particular occasion, aku try untuk fikir rasional perbuatan makcik tu, dan sesuaikah respond kitaorang yang dalam bas ni.

I shall keep my view to myself, for my point is: korang hanya dapat experience macam gini atas bas sahaja. Mungkin kadang2 je kita jumpa such extreme behaviour, tapi aku always observe benda2 lain yang kita nampak biasa. Seorang budak sekolah yang kasik seatnya untuk seorang aci, macamana seorang perempuan react bila laki yang tak dikenali duduk sebelah dia, ataupun adab orang semasa bersesak-sesak naik bas. I’ll learn something. That’s for sure.

Dan apabila aku buat macam ni, aku dapat rasa yang aku sebahagian daripada masyarakat. Aku kongsi hidup ni dengan berjuta-juta lagi orang yang aku tak kenal. Yang banyak bezanya dengan aku that I must appreciate and understand. Experience yang aku tak mungkin dapat di shopping complex, bila bersama family dan kawan-kawan, atau masa driving kereta aku sorang-sorang.

Bas adalah gambaran masyarakat.