Thursday, August 21, 2008

Macamana nak tahu yang kita cukup tua?

Kalau korang rasa buat side parking in public dah cukup susah, try to do it while blindfolded. Macam itulah rasanya untuk operate kilang tempat aku kerja without gauges and transmitters. They are all over the place. Satu transmitter fail, then it could be like korang heading straight masuk ke parit while side-parkiing, or even langgar somebody’s RM500,000 Porsche right behind. Korang just tak boleh nak anticipate apa yang akan berlaku- tak ada mata untuk melihat.

Now I must tell sometimes I get sick of this. Accidentally terbelajar engineering, I feel that I’m nurtured to measure and gauge everything. Figure is the absolute final. As the result, aku rasa tak sepatutnya seorang engineer masuk restoran dan order like "Mamak, kopi O panas satu..kurang manis" but instead, it should be like "Mamak, kopi O 65 ÂșC satu.. gula 15g/L". Well, at least it’s not that bad that outside the job korang boleh bercakap cara orang lain bercakap. Tapi the culture memang menyerap dalam diri aku that aku kadang-kadang terfikir simple method untuk gauge apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan dari apa yang aku observe.

Lepas tu aku akan test beberapa kali untuk tengok gauging tu valid atau tak. Aku bagi satu contoh…aku nak gauge tahap kemajuan dan kepadatan penduduk satu pekan/ bandar. The method is to go there and see whether these three premises ada tak:

Ada KFC: Novice. Agak padat tapi still jauh untuk cakap maju.
Ada
7-Eleven: Intermediate. Keperluan penduduk dah meningkat tapi tahap sederhana.
Ada
McD: Advanced. Maybe pendapatan dan kepadatan penduduk telah cukup bagus.(Aku memang salute kat feasibility study McD pasal each time diorang bukak outlet, mesti tak pernah lengang)

By far aku test benda ni memang valid, until aku arrive kat Kerteh. Kat sini it goes in reverse. Here we have McD first while at the same time, wild boars sepahkan sampah depan rumah ko pukul 3 pagi, kadang-kadang lembu berak betul-betul depan pagar rumah dan just untuk prank, monyet disconnect phone line korang sambil curi betik belakang rumah. So that takde internet connection until Telekom datang. Betul hutan kat rumah aku.

Pagi tadi aku dah nampak signboard 7-E naik dan mungkin tak lama lagi aku agak-agak akan ada KFC lak. Enough on that example. Sekarang aku tengah fikir-fikir dengan umur, gaya hidup dan situasi aku dan kawan-kawan sekarang, macamana aku nak gauge untuk finally cakap kita ni dah tua? Aku tengok pada situasi sekarang:

Ramai yang baru dan akan berkahwin dalam masa terdekat: Tak sesuai untuk panggil tua. Just daripada hidup sorang tukar phase jadi hidup berdua. Plus term ‘young couple’ masih digunakan secara meluas.
Apply bank loan dan drive kereta yang dibeli sendiri: Masih tak sesuai. Ini Cuma indication that the person is financially stable, lagipun perkataan ‘yuppie’ wujud. So gauging ni not feasible.
Buncit/boroi: Lagilah tak boleh pakai. To me ni bukan tanda semakin tua, Cuma tanda indiscipline dan pemalas. (Aku telahpon tergolong sama)

Then come this: it struck me that sekarang ni ada satu benda common among us: Buletin Utama(BU) dah masuk dalam top 5 list favourite show kebanyakan kita. Just last night aku contact Joe dan dia cakap dia tengah tengok BU. Whereas all the year kat UTP dulu, pukul 8 malam samada terjerumus atas katil yang tak pernah bercadar, ataupon makan megi sambil tengok something from Comedy Central. At one other day aku datang rumah budak-budak kat Paka untuk ajak makan, tapi diorang hanya nak keluar lepas habis tengok BU.

No such thing as ‘young viewer’ untuk BU dan aku rasa setakat ni argument aku valid. "Anda dikira sudah tua sekiranya anda gemar menonton BU". Perhaps you can ask yourself too, sekarang BU terletak di tangga mana dalam rank rancangan favourite korang?Hehehehe

Kazen-kazen aku: Young ones

1 comment:

Unknown said...

cukup tua, cukup dewasa atau cukup matang?