Sunday, March 29, 2009

3, 4 dan 5 April

Aku tak pasti ke mana Tora, Ding Dang dan Mat Sentul ada sekarang, tapi sure enough mereka dah tak keluar tv for quite sometime. Ataupun aku yang tak tengok tv for quite sometime. Ataupun rumput kat depan rumah aku dah panjang (saje nak bagitau).


One thing for sure though, menjadi seorang kanak-kanak yang agak up to date masa tu, banyak duit aku habis ke arah Tora, Ding Dang, dan buku sticker Street Fighter. Kalau aku dah start melabur dalam masa tersebut, sah-sah by this time aku dah competitive against Warren Buffet. Tapi sure dia jeles kalau dengar aku dapat digital watch dalam keropok 20 sen yang dah tengik/masuk angin.


Keropok/coklat masuk angin,it's like that all the time. The real definition of makanan rapu/junk food. Makanan yang dibeli untuk dibuang. Coklat Tora..aku tak mau makan pun. Interest aku pada kipas terbang yang Mat Sentul cerita kat TV jer..tu jer pun(damn giler..boleh kena dummy gitu..tapi nak buat macamana, Terminator pun aku mati-mati ingat wujud)


That was about 16 years ago, tapi pembaziran sebegitu memang masih tetap utuh di hati sehingga sekarang. Kerana kelmarin aku beli tiket F1 yang mahal, bukan untuk tengok siapa sampai finish line dulu, atau pit stop team mana yang paling cepat, atau aksi terbabas silap ambik corner....tapi untuk tengok konsert Jamiroquai sahaja. However great anything else at that moment, boleh jalan.