Tuesday, December 2, 2008

Aim Low

Dalam seminggu yang lepas ni aku ada motto hidup baru- ‘Aim Low’. Bila orang lain sibuk nak cut down on makanan berminyak- target aku ialah memakan makanan berminyak dan tak sihat sebanyak yang mungkin. Bila orang bercakap pasal exercising more, target aku ialah jangan exercise langsong melainkan dengan mengelip mata sahaja. Take the downside of everything.

By far, dengan teknik baru ni, aku dapat merasakan kepuasan hati sekiranya tak mencapai target. Sebelum ni asyik ‘down and out’ jer. Contohnya (macam biasa la) target nak score coursework tapi kantoi test lak. Last2 frust lepastu main Drug Lord 2…lagi besh.

Tapi sekarang ni tak gitu lagi. Semalam aku gagal mencapai target makan berminyak pasal aku termakan buah mempelam depan rumah aku (kategori makanan sihat). Bab aim taknak exercise pulak end up ‘below target’ pasal aku terpaksa berlari bila angsa belakang rumah kejar aku masa nak gi Pasaraya Kemasik. You get the point?

Dan my most recent aim ialah taknak update blog.

Biasanya bila aku plan nak update blog mesti tiba-tiba jadi ngantok. Tambah-tambah malam ni pulak hujan…sejuk tak ingat nyer. Memang syok tido la. Kalau macam ni punya sejuk sepanjang tahun, alamat gulung tikar la tokey kedai jual air-cond unit. And even tokey kedai kipas pon takde prospek.

It is common sense untuk jangan pandai-pandai nak main badminton atau makan kari/ durian bila SYABAS datang repair paip underground area rumah korang…kalau takde air nak mandi atau cuci tangan sampai dua tiga hari, siapa gak yang busuk? Kalau dah plan nak tido awal jangan gatal-gatal nak overdose kopi O dan café latte. Masalahnya itu yang aku dah terbuat hari ni.

Ambient sedap nak tido tapi susah nak lelap lak..aduss. Jadi antara dua elemen yang kontras untuk menentukan peniduran aku ni, aku telah gagal mencapai target untuk tak meng-update blog. Officially aku dah update blog aku dah. Ada la rasa hepi sikit walaupun lagi best kalau dapat tido.


Hari tu aku jumpa Spongebob atas pokok

2 comments:

Ashraf.K said...

Uish kelip mata je camne nak maintain tough?

Tikus Terbang said...

Ala..tough kelopak mata sudeyy..watpe badan nak nampak tough..haha