Friday, September 11, 2009

Salam Perantau (dari Kerteh)

Bagi aku, ada beberapa elemen yang berkesan menghidupkan suasana Raya. Konpem bukan berita tiket bas habis, mahupun isu kekurangan gula yang mungkin mengancam bekalan kuih kacang kali ini (kegemaran aku). Sesetengah suka dengar lagu evergreen raya, dan aku turut setuju dengan itu.
Tapi aku paling suka belek ruangan 'Salam Perantauan' dalam suratkhabar. Ya, specialnya ruangan ini cuma setahun sekali je keluar dan aku suka tengok gambar kaum family kita kat luar negara. Sayu jer rasa bila dengar diorang tak dapat balik kampung macam kita yang kat sini.
Sampai satu masa dahulu member aku spoilkan perasaan syahdu tersebut dengan postkan gambar dia dari oversea diikuti ucapan panjang yang nampak macam 10 tahun lagi tak balik Malaysia. Tup-tup sebelum raya muka tercongok je depan rumah. Memang aku terasa kena dummy level 5 star la time tu.
Sejak itu perasaan spoil tu terasa sehingga irrelevantly aku tension lak tengok gambar-gambar salam perantauan. Pasal semua orang mesti pakai jacket dan ambik gambar outdoor waktu tengah bersantai. Walaupun itu adalah satu cara yang bagus untuk membuktikan diri di luar negara, untuk student contohnya, aku cadangkan tunjukla sikit buku-buku teks tebal tu. Barula nampak real sikit pengorbanan tak beraya dengan keluarga. Dengan gambar-gambar macam sekarang ni obviously (interpretation) semua orang memang happy kat sana dan memang tak terfikir nak balik pon. Except member aku sorang tadi la, yang niat nak masuk suratkhabar pada masa yang sama nak beraya kat kampung.
Yes, terang dan jelas crude opinion aku ni kerana jeles pasal tak dapat nak naik kapalterbang dulu-dulu lepas SPM. Cuma naik bas je. Kadang2 transit kat Keramat (sebelah Jelatek) pasal bas rosak.
So this time aku akan masuk hutan belakang Kampung Cabang, amik gambar dan mail over ke suratkhabar. Salam perantauan dari hutan Amazon, Amerika Selatan. Dalam gambar tu tak lupa memakai jaket.

1 comment:

Odriconion said...

ouh bila ko dah wat tuh..sila bgtau kat paper mana terkuar muka ko berlatarbelakangkan "amazon" tuh...

nway ingat aku sorg jer suka belek kat ruangan salam perantauan..tp tuk kalini bukan belek jerk..siap solek sumer muka muka yg ada kat situ..atleast takdelaa buhsan xder kerja kat opis..muahahahah...