Untuk sebab yang tertentu, aku memang rasa quote di atas betul. Being pushed masa perut berkeroncong, well, sangatlah menensionkan macam orang sebelah bertanya pukul berapa nak sampai ke Temerloh dalam bas yang dah tergantung kat tepi gaung, tunggu masa nak jatuh.
Pendek kata, kalau lapar semua benda jadi tak kena.
Dengan itu, berpuasa ni betul-betul challenge ability bersabar dan berfikiran rasional. Especially hari ni. Kaspersky AV yang baru beli tak boleh nak install, anchor lamp kereta aku tadi tak fit well bila nak pasang, kucing meleset di saat aku tengah sibuk bekerja, silicone seal dah keras dan tak boleh nak pakai, dan banyak lagi yang merobek jiwa ini sepanjang hari.
Aku diam je. Sehinggalah waktu aku beratur kat kaunter Burger King tadi (yes, kat Kerteh ada sebijik) dah dalam seminit dua lagi nak berbuka, ada dua budak perempuan ala-ala tomboi kat depan tengah tunggu turn. Ala, setakat dua orang je, sure sekejap je order kot.
Turn diorang sampai, diorang buat special move yang biasa orang buat untuk menyirapkan darah aku:baru nak fikir makan apa kat depan cashier."hmmm...mmm..ko nak makan ape?aku..mmm...mmm..," Arghhh!Banyak kan masa untuk fikir masa beratur tadi??!
Then ada special move kedua yang buat aku rasa nak sedut sos masuk hidung. Budak dua orang ni baru nak panggil member-member dari meja untuk order, yang adelah jumlah seramai satu kelas tuition Cikgu Amran. Dengan style 'semi-skin' ke gaya ape ntah.
Walaupun nak menjerit je rasa, aku cuba rationalize dengan kata "padan gak muka aku, siapa soh datang lambat kalau dah tau nak buka". Tapi jiwa ini masih memberontak. Azan berkumandang time tu. Aihhh, lambatnye raserrr, dengan cashier serve lembab (padahal ok je, cepatla gak)...dengan budak-budak kolej satu bas ni...<--semua ni dalam aku komplen dalam hati jela
Tiba-tiba je ada orang sapa, "bang, kurma bang.." Skali aku tengok salah sorang budak depan tu cakap, dengan rambut gaya Awal Ashaari dan seluar 3 quarter, sambil hulur kotak kurma kat aku. Akupun sambar sebijik, bukan pasal nak berbuka sangat, tapi pasal berbesar hati. Brader cashier lak hulur aku Lemon Tea secawan untuk aku minum sambil menunggu.
Lepastu aku pun dah tak marah- macam thermometer panas giler yang cair pasal Ngocop gi tuang air-'rapid cooling'. Lepastu aku pun rasa malu.
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment