Thursday, September 17, 2009

Soalan-soalan Perunsing Otak

Walaupun aku sangat appreciate Audio CD pasal tak ada hissing compare dengan kaset, tapi kadang-kadang rasa nak cempak gak piring nipis ni. You see, whereas kalau kaset dah kondem sikit, bila buat playback masih ada harapan nak dengar lagu yang masih berupa lagu. Kalau CD? Tau-tau jela bila lagu dah tersangkut, "Di hari raya...terkenang daku-ku-ku-ku-ku-" sampai raya tahun depan pun ulang tak habis. Memang annoying la bila CD kondem.

Especially part yang rosak tu melibatkan lagu kegemaran lak.Nak cempak je rasa. Tapi selalunya tak jadi pasal beli mahal...sayang...iskk..

Cakap pasal berulang-ulang ni, ada satu tabiat yang aku rasa annoying iaitu dengan tidak sengaja memikirkan benda yang gila trivial bila termenung. Soalan-soalan ni macam CD sangkut gak, repetitive pasal selalunya jawapan tak kunjung tiba.

Contohnya misteri (misteri rekaan aku je) yang masih tak terungkai sejak zaman ada bekal air yang berbentuk handphone Toshiba kat skolah (kalau ada lagi botol gitu ikut design dan saiz handphone zaman sekarang, memang aku bakar la kilang manufacture tuh):

Kenapa kedai tomyam hanya dibuka pada waktu malam dan bukan belah pagi atau tengahari?????

No comments: