Berita tadi umumkan UPSR dah mula, yang tahun ni aku rasa aku boleh menyamar ganti adik sedara aku amik exam pasal semua orang pakai topeng muka dalam dewan. So jambang aku sure tak nampak, mesti orang ingat aku budak Darjah Enam.
Sebut pasal UPSR ni aku teringat satu dilemma yang aku, cikgu B.M dan satu kelas hadapi masa aku Darjah Dua dulu. Bukan setiap hari cikgu seperti Cikgu Rohaya(memang nama sebenar, takde cover2) berdepan dengan situasi genting sebegini, dan memerlukannya membuat keputusan yang tepat dan bijak.
"Ali ______ racun yang berada di belakang rumahnya"....sila isi tempat kosong dengan perkataan dan imbuhan yang sesuai.
Lalu Cikgu Rohaya menyuruh Tan Kok Wah(pun nama sebenar gak) melengkapkan ayat tersebut. Seraya Tan bangun dan menjawab dengan muka seposen;
"Ali -meminum- racun yang berada di belakang rumahnya"
"Salah!" Kata Cikgu Rohaya yang expect orang akan jawab 'terminum' sebagai jawapan betul.
Jawapan Tan Kok Wah itu kami anggap sah dari segi tatabahasa dan sesuai jika dikirakan kami tak tahu niat sebenar brader Ali tuh.
Walau bagaimanapun jawapan tersebut tidak diterima sehingga tamat kelas(dan mungkin sehingga kini) kerana rating yang konfem 18SG++ (rating filem belum ada masa tu) ayat lengkap itu tak sesuai dengan penerapan pada budak2 Darjah Dua yang comel dan innocent seperti kami.
Sekiranya aku berada dalam position Cikgu Rohaya, patut aku kasik betul ke salah untuk jawapan tu?mmm...persoalan moral nih
No comments:
Post a Comment