Saturday, December 13, 2008

No Time is the Right Time

Nak kata aku tau pasal fashion tu tak sangatla. Lebih kurang macam ko tanya kucing macamana nak masak air…gitu-gitu jela level jawapan yang ko dapat dari aku pasal fashion. Day to day aku cuma pakai baju favourite aku (macam T-shirt putih plain excess sumbangan tsunami) dan kadang-kadang aku cilok baju adik dan buat-buat macam tak perasan.

Selain daripada baju-baju favourite aku (tak termasuk yang ada tulisan ‘Talang Satang’), ada banyak lagi baju lain yang bermastautin dalam almari. Baju-baju ni bukan murah atau dapat free atau secondhand daripada bapak aku. In fact aku yang pilih sendiri masa beli. It looks good then as it is now. Sesetengah ada embroidery bunga-bunga kat shoulder, ada yang turtle-neck, ada yang colourful macam hippies dengan sleeve besar macam Jimi Hendrix. Penuh labuci macam M Daud Kilau takdela. But most of them just normal t-shirt, which I want to put on at the right time.

Betul tu. At the right time and place. Dan inilah punca baju-baju tersebut tersusun rapi dan terletak di bawah sekali stack baju-baju aku dalam almari.

Masa yang tepat tak pernah tiba. Jadi kita amik contoh case study bila nak pakai black collared three quarter sleeve shirt corak bunga-bunga aku:

a)Outing ke Suria KLCC- nampak macam sesuai, tapi aku rasa tak..sebab:
Other than my favourite shirts yang mana aku fikir comfortable, this one isn’t really. Jadi kalau aku naik Putra LRT aku berpeluh dan bau macam lembu bila sampai sana.

b)Pergi breakfast kat Nasi Lemak Tanglin- tak ok jugak, sebab:
Dengan corak bunga (walaupun tak conspicous) terasa tak kena tempat. Rasa macam pakaian Liberace buat gi mesyuarat AJK Persatuan Sejarah.

c)Bila ke family gathering- nampaknya dah betul-betul sesuai, cuaca malam tak panas dan it’s okay to dress slightly more fashionable than my normal attire:
Tiba-tiba terasa taknak pakai sebab tak mau kotorkan baju tu. Takut tertumpah kuah mee jawa lak.

So there it goes, dudukla T-shirt tu happily ever after dalam almari, never sees the washing machine and tastes the UV. Sampailah aku kata ‘hey, this is the right time to put that on’. But when? Selepas orang kata tengok TV lebih penat dari skipping? I don’t know.

Come to think of it, kalau aku terasa nak buat sesuatu, yang aku rasa bercita-cita untuk buat, aku akan tunggu sampai datang perfect setting untuk aku proceed. Tapi tak buang masa ke kalau macamtu? Baik buat je terus (atau ‘selalu’ if you are in Terengganu),regardless…betul tak?

Jalan je…jangan tunggu lama-lama…



Doktor trim ekor kucing umah aku haritu...trend baru nih

Tuesday, December 2, 2008

Aim Low

Dalam seminggu yang lepas ni aku ada motto hidup baru- ‘Aim Low’. Bila orang lain sibuk nak cut down on makanan berminyak- target aku ialah memakan makanan berminyak dan tak sihat sebanyak yang mungkin. Bila orang bercakap pasal exercising more, target aku ialah jangan exercise langsong melainkan dengan mengelip mata sahaja. Take the downside of everything.

By far, dengan teknik baru ni, aku dapat merasakan kepuasan hati sekiranya tak mencapai target. Sebelum ni asyik ‘down and out’ jer. Contohnya (macam biasa la) target nak score coursework tapi kantoi test lak. Last2 frust lepastu main Drug Lord 2…lagi besh.

Tapi sekarang ni tak gitu lagi. Semalam aku gagal mencapai target makan berminyak pasal aku termakan buah mempelam depan rumah aku (kategori makanan sihat). Bab aim taknak exercise pulak end up ‘below target’ pasal aku terpaksa berlari bila angsa belakang rumah kejar aku masa nak gi Pasaraya Kemasik. You get the point?

Dan my most recent aim ialah taknak update blog.

Biasanya bila aku plan nak update blog mesti tiba-tiba jadi ngantok. Tambah-tambah malam ni pulak hujan…sejuk tak ingat nyer. Memang syok tido la. Kalau macam ni punya sejuk sepanjang tahun, alamat gulung tikar la tokey kedai jual air-cond unit. And even tokey kedai kipas pon takde prospek.

It is common sense untuk jangan pandai-pandai nak main badminton atau makan kari/ durian bila SYABAS datang repair paip underground area rumah korang…kalau takde air nak mandi atau cuci tangan sampai dua tiga hari, siapa gak yang busuk? Kalau dah plan nak tido awal jangan gatal-gatal nak overdose kopi O dan cafĂ© latte. Masalahnya itu yang aku dah terbuat hari ni.

Ambient sedap nak tido tapi susah nak lelap lak..aduss. Jadi antara dua elemen yang kontras untuk menentukan peniduran aku ni, aku telah gagal mencapai target untuk tak meng-update blog. Officially aku dah update blog aku dah. Ada la rasa hepi sikit walaupun lagi best kalau dapat tido.


Hari tu aku jumpa Spongebob atas pokok