Saturday, September 12, 2009
Hungry Man is Angry Man
Pendek kata, kalau lapar semua benda jadi tak kena.
Dengan itu, berpuasa ni betul-betul challenge ability bersabar dan berfikiran rasional. Especially hari ni. Kaspersky AV yang baru beli tak boleh nak install, anchor lamp kereta aku tadi tak fit well bila nak pasang, kucing meleset di saat aku tengah sibuk bekerja, silicone seal dah keras dan tak boleh nak pakai, dan banyak lagi yang merobek jiwa ini sepanjang hari.
Aku diam je. Sehinggalah waktu aku beratur kat kaunter Burger King tadi (yes, kat Kerteh ada sebijik) dah dalam seminit dua lagi nak berbuka, ada dua budak perempuan ala-ala tomboi kat depan tengah tunggu turn. Ala, setakat dua orang je, sure sekejap je order kot.
Turn diorang sampai, diorang buat special move yang biasa orang buat untuk menyirapkan darah aku:baru nak fikir makan apa kat depan cashier."hmmm...mmm..ko nak makan ape?aku..mmm...mmm..," Arghhh!Banyak kan masa untuk fikir masa beratur tadi??!
Then ada special move kedua yang buat aku rasa nak sedut sos masuk hidung. Budak dua orang ni baru nak panggil member-member dari meja untuk order, yang adelah jumlah seramai satu kelas tuition Cikgu Amran. Dengan style 'semi-skin' ke gaya ape ntah.
Walaupun nak menjerit je rasa, aku cuba rationalize dengan kata "padan gak muka aku, siapa soh datang lambat kalau dah tau nak buka". Tapi jiwa ini masih memberontak. Azan berkumandang time tu. Aihhh, lambatnye raserrr, dengan cashier serve lembab (padahal ok je, cepatla gak)...dengan budak-budak kolej satu bas ni...<--semua ni dalam aku komplen dalam hati jela
Tiba-tiba je ada orang sapa, "bang, kurma bang.." Skali aku tengok salah sorang budak depan tu cakap, dengan rambut gaya Awal Ashaari dan seluar 3 quarter, sambil hulur kotak kurma kat aku. Akupun sambar sebijik, bukan pasal nak berbuka sangat, tapi pasal berbesar hati. Brader cashier lak hulur aku Lemon Tea secawan untuk aku minum sambil menunggu.
Lepastu aku pun dah tak marah- macam thermometer panas giler yang cair pasal Ngocop gi tuang air-'rapid cooling'. Lepastu aku pun rasa malu.
Friday, September 11, 2009
Salam Perantau (dari Kerteh)
Tuesday, September 8, 2009
Suatu Hari dalam Kelas Dua Merah 1992
Monday, September 7, 2009
Aku Memang Malas Menulis...zzzz~~~
In fact, semua yang dikategori sebagai isu, sememangnya sebegitu. Macam roti tempayan Arab, nikmat makan lembut2 waktu tengah panas, dengan keju separa cair(arghh). Bila sejuk, mak aihh...boleh hilang dua tiga bijik gigi nak mengunyah.
Jadi, kesimpulannya aku dah takde isu ke nak tulis? Tak juga, pasal apa2 pon boleh jadi bahan untuk aku tulis, pasal aku la penulis, editor, penerbit, proof reader dan tukang bancuh air kat sini. Kalau aku nak tulis pasal tong sampah aku terbalik depan rumah malam tadi pun, siapa yang peduli?
Dan bercerita pasal bahan menarik, these past few months aku dah berguling-guling atas jalanraya bersama rakan, kena naik wheelchair kat hospital dan pakai crutches, menonton movie marathon selama dua minggu, buat competency assessment, dan main dam aji dengan lembu (yang ni tipu je). Boleh la kalo nak jadi ala-ala cerbet(=cerita betul, cereka=cerita rekaan) gitu.
Kesimpulannya aku malas menulis dan mengadap komputer macam sekarang. Ini pon semata-mata pasal nak test dengar CD 'The Allman Brothers Band' dan 'Blood, Sweat & Tears' yang aku terbeli masa balik KL haritu.
Tak ke menulis ni susah? Sedangkan masa sekolah dulu cikgu suruh tulis 'rumusan tidak lebih 80 patah perkataan' pun liat, ini kan pulak nak volunteer gi buat karangan panjang yang takde siapa nak baca.dem. Itu sebab aku envy orang yang rajin update blog....pasal aku nak gak tengok blog aku update salu tapi aku taknak bersusah payah..boleh tak?
Tak perlu bersusah payah, contohnya macam tengok tv. Dengan konfidennya aku cakap aku minat tengok tv pasal tak payah nak buat apa2. Paling kuat pun makan kuaci je. Besh besh...menonton tv adalah satu aktiviti yang paling layak dijadikan hobi utama. Hobi kedua ialah bersembang di kedai kopi, minum kopi kena slow2 hirup...kang cawan kosong rasa bersalah dan tak tenang pulak nak dok lama2.
Ada sekejap dulu aku mula kumpul Lego nak jadikan hobi, tapi that's too much of hard work untuk assemble model-model tuh. Walaupun hanya model polis naik motosikal(yang RM15.90, for 6+ years old). So dah slashed dah hobi tu.
Mengumpul setem-slash pasal kene susun cantik2 dalam buku, melancong-slash pasal selalu sakit perut pasal salah makan,penat lak tu....membaca-slash pasal belum habis satu perenggan dah rasa nak tido, menulis-slash pasal kena berfikir dan tekan button kat keyboard.
Dan kerana itulah selalunya aku rasa post aku (seperti di atas) macam dengar cerita orang yang mengigau masa tido. Macam cakap adik aku ada sekali dia mengigau dulu, "jangan tutup, jangan tutup! Pu-sat airrrr....zzzz," Merapu jer
Sunday, March 29, 2009
3, 4 dan 5 April
One thing for sure though, menjadi seorang kanak-kanak yang agak up to date masa tu, banyak duit aku habis ke arah Tora, Ding Dang, dan buku sticker Street Fighter. Kalau aku dah start melabur dalam masa tersebut, sah-sah by this time aku dah competitive against Warren Buffet. Tapi sure dia jeles kalau dengar aku dapat digital watch dalam keropok 20 sen yang dah tengik/masuk angin.
Keropok/coklat masuk angin,it's like that all the time. The real definition of makanan rapu/junk food. Makanan yang dibeli untuk dibuang. Coklat Tora..aku tak mau makan pun. Interest aku pada kipas terbang yang Mat Sentul cerita kat TV jer..tu jer pun(damn giler..boleh kena dummy gitu..tapi nak buat macamana, Terminator pun aku mati-mati ingat wujud)
That was about 16 years ago, tapi pembaziran sebegitu memang masih tetap utuh di hati sehingga sekarang. Kerana kelmarin aku beli tiket F1 yang mahal, bukan untuk tengok siapa sampai finish line dulu, atau pit stop team mana yang paling cepat, atau aksi terbabas silap ambik corner....tapi untuk tengok konsert Jamiroquai sahaja. However great anything else at that moment, boleh jalan.

Saturday, December 13, 2008
No Time is the Right Time
Other than my favourite shirts yang mana aku fikir comfortable, this one isn’t really. Jadi kalau aku naik Putra LRT aku berpeluh dan bau macam lembu bila sampai
Dengan corak bunga (walaupun tak conspicous) terasa tak kena tempat. Rasa macam pakaian Liberace buat gi mesyuarat AJK Persatuan Sejarah.
Tiba-tiba terasa taknak pakai sebab tak mau kotorkan baju tu. Takut tertumpah kuah mee jawa lak.
Tuesday, December 2, 2008
Aim Low
Dalam seminggu yang lepas ni aku ada motto hidup baru- ‘Aim Low’. Bila orang lain sibuk nak cut down on makanan berminyak- target aku ialah memakan makanan berminyak dan tak sihat sebanyak yang mungkin. Bila orang bercakap pasal exercising more, target aku ialah jangan exercise langsong melainkan dengan mengelip mata sahaja. Take the downside of everything.
Hari tu aku jumpa Spongebob atas pokok
