Monday, September 7, 2009

Aku Memang Malas Menulis...zzzz~~~

Bila dikaji balik tarikh2 post blog aku sebelum ini, nampaknya keadaan site ini lebih kurang macam isu ular sawa dan budak jatuh dari bas sekolah satu masa dulu. Panas sekejap, lepastu pufff~hilang macam tu saja.

In fact, semua yang dikategori sebagai isu, sememangnya sebegitu. Macam roti tempayan Arab, nikmat makan lembut2 waktu tengah panas, dengan keju separa cair(arghh). Bila sejuk, mak aihh...boleh hilang dua tiga bijik gigi nak mengunyah.

Jadi, kesimpulannya aku dah takde isu ke nak tulis? Tak juga, pasal apa2 pon boleh jadi bahan untuk aku tulis, pasal aku la penulis, editor, penerbit, proof reader dan tukang bancuh air kat sini. Kalau aku nak tulis pasal tong sampah aku terbalik depan rumah malam tadi pun, siapa yang peduli?

Dan bercerita pasal bahan menarik, these past few months aku dah berguling-guling atas jalanraya bersama rakan, kena naik wheelchair kat hospital dan pakai crutches, menonton movie marathon selama dua minggu, buat competency assessment, dan main dam aji dengan lembu (yang ni tipu je). Boleh la kalo nak jadi ala-ala cerbet(=cerita betul, cereka=cerita rekaan) gitu.

Kesimpulannya aku malas menulis dan mengadap komputer macam sekarang. Ini pon semata-mata pasal nak test dengar CD 'The Allman Brothers Band' dan 'Blood, Sweat & Tears' yang aku terbeli masa balik KL haritu.

Tak ke menulis ni susah? Sedangkan masa sekolah dulu cikgu suruh tulis 'rumusan tidak lebih 80 patah perkataan' pun liat, ini kan pulak nak volunteer gi buat karangan panjang yang takde siapa nak baca.dem. Itu sebab aku envy orang yang rajin update blog....pasal aku nak gak tengok blog aku update salu tapi aku taknak bersusah payah..boleh tak?

Tak perlu bersusah payah, contohnya macam tengok tv. Dengan konfidennya aku cakap aku minat tengok tv pasal tak payah nak buat apa2. Paling kuat pun makan kuaci je. Besh besh...menonton tv adalah satu aktiviti yang paling layak dijadikan hobi utama. Hobi kedua ialah bersembang di kedai kopi, minum kopi kena slow2 hirup...kang cawan kosong rasa bersalah dan tak tenang pulak nak dok lama2.

Ada sekejap dulu aku mula kumpul Lego nak jadikan hobi, tapi that's too much of hard work untuk assemble model-model tuh. Walaupun hanya model polis naik motosikal(yang RM15.90, for 6+ years old). So dah slashed dah hobi tu.

Mengumpul setem-slash pasal kene susun cantik2 dalam buku, melancong-slash pasal selalu sakit perut pasal salah makan,penat lak tu....membaca-slash pasal belum habis satu perenggan dah rasa nak tido, menulis-slash pasal kena berfikir dan tekan button kat keyboard.

Dan kerana itulah selalunya aku rasa post aku (seperti di atas) macam dengar cerita orang yang mengigau masa tido. Macam cakap adik aku ada sekali dia mengigau dulu, "jangan tutup, jangan tutup! Pu-sat airrrr....zzzz," Merapu jer

Sunday, March 29, 2009

3, 4 dan 5 April

Aku tak pasti ke mana Tora, Ding Dang dan Mat Sentul ada sekarang, tapi sure enough mereka dah tak keluar tv for quite sometime. Ataupun aku yang tak tengok tv for quite sometime. Ataupun rumput kat depan rumah aku dah panjang (saje nak bagitau).


One thing for sure though, menjadi seorang kanak-kanak yang agak up to date masa tu, banyak duit aku habis ke arah Tora, Ding Dang, dan buku sticker Street Fighter. Kalau aku dah start melabur dalam masa tersebut, sah-sah by this time aku dah competitive against Warren Buffet. Tapi sure dia jeles kalau dengar aku dapat digital watch dalam keropok 20 sen yang dah tengik/masuk angin.


Keropok/coklat masuk angin,it's like that all the time. The real definition of makanan rapu/junk food. Makanan yang dibeli untuk dibuang. Coklat Tora..aku tak mau makan pun. Interest aku pada kipas terbang yang Mat Sentul cerita kat TV jer..tu jer pun(damn giler..boleh kena dummy gitu..tapi nak buat macamana, Terminator pun aku mati-mati ingat wujud)


That was about 16 years ago, tapi pembaziran sebegitu memang masih tetap utuh di hati sehingga sekarang. Kerana kelmarin aku beli tiket F1 yang mahal, bukan untuk tengok siapa sampai finish line dulu, atau pit stop team mana yang paling cepat, atau aksi terbabas silap ambik corner....tapi untuk tengok konsert Jamiroquai sahaja. However great anything else at that moment, boleh jalan.



Saturday, December 13, 2008

No Time is the Right Time

Nak kata aku tau pasal fashion tu tak sangatla. Lebih kurang macam ko tanya kucing macamana nak masak air…gitu-gitu jela level jawapan yang ko dapat dari aku pasal fashion. Day to day aku cuma pakai baju favourite aku (macam T-shirt putih plain excess sumbangan tsunami) dan kadang-kadang aku cilok baju adik dan buat-buat macam tak perasan.

Selain daripada baju-baju favourite aku (tak termasuk yang ada tulisan ‘Talang Satang’), ada banyak lagi baju lain yang bermastautin dalam almari. Baju-baju ni bukan murah atau dapat free atau secondhand daripada bapak aku. In fact aku yang pilih sendiri masa beli. It looks good then as it is now. Sesetengah ada embroidery bunga-bunga kat shoulder, ada yang turtle-neck, ada yang colourful macam hippies dengan sleeve besar macam Jimi Hendrix. Penuh labuci macam M Daud Kilau takdela. But most of them just normal t-shirt, which I want to put on at the right time.

Betul tu. At the right time and place. Dan inilah punca baju-baju tersebut tersusun rapi dan terletak di bawah sekali stack baju-baju aku dalam almari.

Masa yang tepat tak pernah tiba. Jadi kita amik contoh case study bila nak pakai black collared three quarter sleeve shirt corak bunga-bunga aku:

a)Outing ke Suria KLCC- nampak macam sesuai, tapi aku rasa tak..sebab:
Other than my favourite shirts yang mana aku fikir comfortable, this one isn’t really. Jadi kalau aku naik Putra LRT aku berpeluh dan bau macam lembu bila sampai sana.

b)Pergi breakfast kat Nasi Lemak Tanglin- tak ok jugak, sebab:
Dengan corak bunga (walaupun tak conspicous) terasa tak kena tempat. Rasa macam pakaian Liberace buat gi mesyuarat AJK Persatuan Sejarah.

c)Bila ke family gathering- nampaknya dah betul-betul sesuai, cuaca malam tak panas dan it’s okay to dress slightly more fashionable than my normal attire:
Tiba-tiba terasa taknak pakai sebab tak mau kotorkan baju tu. Takut tertumpah kuah mee jawa lak.

So there it goes, dudukla T-shirt tu happily ever after dalam almari, never sees the washing machine and tastes the UV. Sampailah aku kata ‘hey, this is the right time to put that on’. But when? Selepas orang kata tengok TV lebih penat dari skipping? I don’t know.

Come to think of it, kalau aku terasa nak buat sesuatu, yang aku rasa bercita-cita untuk buat, aku akan tunggu sampai datang perfect setting untuk aku proceed. Tapi tak buang masa ke kalau macamtu? Baik buat je terus (atau ‘selalu’ if you are in Terengganu),regardless…betul tak?

Jalan je…jangan tunggu lama-lama…



Doktor trim ekor kucing umah aku haritu...trend baru nih

Tuesday, December 2, 2008

Aim Low

Dalam seminggu yang lepas ni aku ada motto hidup baru- ‘Aim Low’. Bila orang lain sibuk nak cut down on makanan berminyak- target aku ialah memakan makanan berminyak dan tak sihat sebanyak yang mungkin. Bila orang bercakap pasal exercising more, target aku ialah jangan exercise langsong melainkan dengan mengelip mata sahaja. Take the downside of everything.

By far, dengan teknik baru ni, aku dapat merasakan kepuasan hati sekiranya tak mencapai target. Sebelum ni asyik ‘down and out’ jer. Contohnya (macam biasa la) target nak score coursework tapi kantoi test lak. Last2 frust lepastu main Drug Lord 2…lagi besh.

Tapi sekarang ni tak gitu lagi. Semalam aku gagal mencapai target makan berminyak pasal aku termakan buah mempelam depan rumah aku (kategori makanan sihat). Bab aim taknak exercise pulak end up ‘below target’ pasal aku terpaksa berlari bila angsa belakang rumah kejar aku masa nak gi Pasaraya Kemasik. You get the point?

Dan my most recent aim ialah taknak update blog.

Biasanya bila aku plan nak update blog mesti tiba-tiba jadi ngantok. Tambah-tambah malam ni pulak hujan…sejuk tak ingat nyer. Memang syok tido la. Kalau macam ni punya sejuk sepanjang tahun, alamat gulung tikar la tokey kedai jual air-cond unit. And even tokey kedai kipas pon takde prospek.

It is common sense untuk jangan pandai-pandai nak main badminton atau makan kari/ durian bila SYABAS datang repair paip underground area rumah korang…kalau takde air nak mandi atau cuci tangan sampai dua tiga hari, siapa gak yang busuk? Kalau dah plan nak tido awal jangan gatal-gatal nak overdose kopi O dan cafĂ© latte. Masalahnya itu yang aku dah terbuat hari ni.

Ambient sedap nak tido tapi susah nak lelap lak..aduss. Jadi antara dua elemen yang kontras untuk menentukan peniduran aku ni, aku telah gagal mencapai target untuk tak meng-update blog. Officially aku dah update blog aku dah. Ada la rasa hepi sikit walaupun lagi best kalau dapat tido.


Hari tu aku jumpa Spongebob atas pokok

Tuesday, November 18, 2008

World's revolving fast enough to bend time, fast enough to bend you

Looking back, I am quite surprise how a period of several years had tremendously changed people’s lifestyle. Mungkin kita perlu refer to the findings of Anthropology studies and data gathered in Sociology untuk define perubahan tu. Since these two sources involve the word ‘study’ or ‘scholar’, I think I’ll just forget it. Perhaps I want to look at it within the nucleic scale- so aku rasa penceritaan kembali kes budak darjah satu tahun 1991 (akulah tu) kiranya sudahpun memadai.

Back then, the only source of general knowledge for me was from the back of a cereal box. Accordingly, you can guess how much confusion we had when being presented with new things. Satu hari tu sambil duduk-duduk makan aiskrim sirap dengan kawan aku si Farid, dia cakap…’bapak aku baru beli mesin basuh matematik semalam’. I was thinking that he may want to say ‘automatic’, but I myself was like only 8% sure ‘matematik’ is a subject taught at school. I tried to correct him anyway.

What pursued then was a heated argument on whether matematik or automatic is suitable to describe a washing machine. The conclusion was never reached that particular evening but sure involved a Kungfu showdown for closing, as usual.

By today’s standards for budak Darjah Satu, that kind of ignorance is truly unacceptable. Pasal info boleh dapat pakai hujung jari je. Plus, banyak lagi isu-isu penting to be addressed untuk Standard One 17 tahun yang lepas- isu berak dalam seluar atau muntah dalam kelas contohnya. Aku masih ingat Cikgu Hasanol Said (Batu Road Boys School 2) sentiasa simpan seluar sekolah spare dalam beg dia, in case…well…in case.

Sekiranya korang dapat eja nama sendiri dengan betul on the first day at school, it was a pure success. Because many others masih samar-samar dengan nama sebenar diorang.

Sure enough, Standard One hari ni still berperangai seperti budak. But whoa! it’s an entirely, immensely different level compared to zaman aku. Dah giler advanced, thanks to the massive influx of information hari ni. From the the internet (of course), the VCD, and the 24 hours a day TV (termasuk rancangan kartun, dulu-dulu kartun paling lewat pon pukul 7 time Maghrib, tu pon silalah pasang sekiranya ingin penerajang mak bapak).

Dan jangan lupa alat penyambung nyawa utama, the handphone. Everyone has one. I know it is a fascinating device for the Standard Ones, and for us too, pasal HP boleh buat apa saja- jadi camera? Radio? Recorder? Music Player? TV? Internet? You name it, it’ll be it.

Kalau tak lama nanti keluar model HP boleh jadi toaster, mustahil aku akan terkejut sepertimana bila aku jumpa album ‘Black Sabbath vs. Nat King Cole’ kat kedai CD Yik Foong dulu. If we’re talking about electronics here, just about anything could happen.

Aku tak pernah ada isu dengan multifunction HP macam tu. It’s offers convenience, at its best. Cuma biasanya makin complicated device ni, maka makin fragile lah ia. It’ll malfunction and break into pieces from the slightest shock macam vibration seluar masa korang kentut panas dan tersumbat.

Very, very fragile.

Now if you look at this HP in the context of Standard Ones, the present you, and the present me, I suggest similarity. I see that today they are trying to create a multitasking, multifunctioning, multiple-superiple-dupariple generation. ‘Well rounded’ should be the perfect phrase to describe this. The phrase which is more common than perkataan ‘nasik’ di sekolah dan universiti nowadays.

Consequently, bila kepala otak kita dah overfilled dengan info, isn’t there a possibility untuk kita jadi fragile macam HP? Atau hang macam computer (tolonglah jangan hang masa pakai Ansys, fedap I tauuu!)?

Dan ini kita ni bukan dalam movie Population 437. We know the population will always increase exponentially. So if someone can do everything, apa role orang lain pulak? If HP can be everything, what are the use of the real cameras, the real radios, the real thing?



Lembu, anjing dan kucing yang tiada kaitan dengan topik


Friday, October 31, 2008

Of Excess and Habits


My father thought it was a good idea to let me and my brother keep a goldfish as pet. I was 6 at that time and my brother, Man was 4. So satu petang bapak aku bawa pulang ikan emas kecik untuk dipelihara, siap dengan mini aquariumnya.

We were so excited the morning after- did nothing else but watched and fed the fish with breadcrumbs. Like, half an hour later, we started to get impatient. The breadcrumbs we should be making turned into large chunks of bread. Later that evening, aku dan Man dah pergi main kat luar, and my dad came home. He found out that the fish was dead. Mati kelemasan dalam roti.

Niat tu baik nak kasik makan ikan, tapi it was the case (very common) of doing something in excess. The reason I told this story is that I just went out for a haircut. I did notice this ‘in excess’ habit in every barber I went.

Rambut aku dah panjang dan bila dah panjang, it is abnormally tebal. Dengan panjang -rambut tepi tutup separuh telinga dan bahagian depan sampai ke mata- aku rasa ok jer except it needed a minor trim pasal dah serabai sikit. Before he took the scissors and comb, I told the barber,thrice, aku taknak potong pendek, cuma adjust sikit-sikit je bahagian tepi dan belakang. Pakcik tu kata, ‘ok’.

True, the first trim was ok. But he thought he had to make second adjustment, agaknya tak balance sangat kot kiri kanan. So the adjustment went on. Quite alright this time, I saw.

Problem is, there were third, fourth, fifth, sixth, seventh, 31st adjustment. Sampai rambut aku dah takde dah baru berhenti. For some reasons I couldn’t decipher, macamana pakcik tu boleh potong sampai pendek tanpa aku perasan sehingga saat-saat terakhir potongan.

At that point aku cuma mampu bersyukur aku tak tertidur masa dia potong rambut aku, otherwise I may need a micrometer to measure my hair. Rambut sure jadi kecik habis. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak potong rambut kena tunggu dua tiga bulan lagi nak mengundur ke default setting.

Excess #2:

Every food being cooked and baked has its own distinctive taste. Some are meant to be eaten only a bit at a time, ‘untuk lidah merasa je’ bak kata orang. Things like kek lapis (mahal pun yer jugak), maruku (untuk buat mengunyah sikit-sikit masa berborak), goreng pisang (minyak tak hingat banyak tapi buat jamah minum petang sikit tu acceptable la).

I do realize that. Tapi aku ada this bad habit yang selain daripada enjoy kesedapan satu makanan, aku mesti nak perut rasa kenyang gak. You know this is quite alright bila makan nasi campur waktu tengahari or nasi lemak untuk breakfast, tapi bila makan choc cookies-aku nak belasah sampai kenyang, bila makan kuih koci-belasah makan sampai tak payah dinner, bila hirup kopi-mesti belasah sampai darah dalam badan dah ganti dengan kopi. Pendek kata semua makanan yang aku suka akan aku buat sebegitu rupa.

By far, I still do not find any measure to help me think, ‘makanan sedap ni hanya untuk dirasa, bukan dibaham’. Any suggestion?

Saturday, October 25, 2008

Some people you don't know

Every now and then, i hear somebody wants to do something extraordinary at least once in his or her life. Something like 'someday i'll arrive at Verzasca Dam and bungee jump there'...or 'i'll tour around Switzerland in the quest for the best chocolate in the world'.

Not to mention certain people that we badly want to meet in person. People that we idolize, or simply admire, or hate. Orang yang kita kenal dari kaca TV, dari penulisan, dari internet. From the past events, Havana 1950's perhaps? Fidel Castro and Meyer Lansky. The pop culture, Michael Jackson, Celine Dion, and really, many more. Rich and famous football players, prominent leaders, great bassists- you name who you want to. Kadang-kadang aku terfikir nak jumpa Al Kooper dan beritahu- you wrote great music but how come you aren't so popular? Things like that.

Tapi sekarang aku rasa semua orang-orang itu absolutely nothing...compared with person standing in front of me now. One of the greatest gift of my life- my parents.

I always regard parents-like mine- as Superman disguised as real people. Ordinary people. Mereka tak pernah perasan setiap apa pengorbanan yang mereka sanggup lakukan for our well being-because they did it like a zillionth times already.

Of course,being so ordinary to others, people won't ever notice the presence of these Supermen in shopping malls, in public. Unlike the situation as one encounters Mawi. So you know, our parents do not get special attention, special treatment from others.

Mereka tak akan dapat column khas dalam newspaper untuk menceritakan jasa-jasa sepanjang hidup mereka, bila mereka meninggal dunia.

My grandmother passed away four days ago.

No one could ever replace her as the mother of my mother, until the end of this world. Dan aku mula berfikir, aku cuma akan ada satu ibu dan satu bapa sejak mula aku lahir ke dunia, till i die.

The only people that will always be there for me, unconditionally. Orang yang sanggup berjaga malam hanya untuk menyapu minyak ke perut anaknya yang sakit. Yang sanggup memasak dengan badan yang lemah kerana demam, memastikan anaknya tak berlapar.

Each time I hear my mother cried missing the voice of her mother, I gently wept. Aku tak mau nampak sedikitpun dramatik di sini but that is the truth. I saw my own reflection. Aku teringat those excuses yang aku bagi. 'Sibukla kat sini Mama' whenever she told me to come home for weekend. I'm no longer sure the excuses are worth my extra time not to travel 8 hours.

Not counting the time bila aku biar dia beli garam kat kedai untuk masak lunch aku simply because 'aku nak habiskan tengok program TV ni'. And much more. Far too much sin.

She never complained.

Surely, you won't even know her name. To you, she's just one of the strangers out there. Orang asing yang kau tak akan kenang dan tahu jasa-jasanya.

Staring at this ticking clock, i know time is running out. Aku bertanya pada diri, apakah kualiti aku sebagai anak selama ini? Adakah ibu bapaku rasa dihargai?